seminar sehari peningkatan profesionalisme guru daerah Papar
- Prof.Madya Dr.Salleh Abd.Rashid menerima sijil penghargaan daripada Pg.Zaidi.
PAPAR : “ Kemahiran memimpin merupakan sesuatu yang boleh di pertingkatkan dari masa kesemasa.Kemahiran bekerjasama amat di tekankan di dalam organisasi bagi mencapai kecemeralngan.Sebagai seorang pemimpin, mungkin meraka mampu memberi arahan kepada orang lain tetapi adakah pengarahan ini di patuhi oleh yang menerima arahan.Oleh yang demikian, seorang pemimpin perlulah mewujudkan sikap bekerjasama dengan pekerja di dalam suatu organisasi bagi mencapai kecemerlangan,Kata Pegawai Pelajaran Daerah Papar En.Abidin Marjan dalam tek ucapanya yang di bacakan oleh wakil beliau Pg.Zaidi Bin Pg.Fauzi Pegawai Kaunseling Pejabat Pelajaran Daerah Papar dalam majlis penutupan seminar sehari peningkatan profesionalisme guru daerah Papar di Borneo Paradise Kinarut.
“ Kemahiran melihat masa hadapan juga perlu kepada seseorang pemimpin dalam memainkan peranan utama bagi mencapai kejaayaan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan.Pemimpin biasanya akan lebih selesa dengan susana yang sedia ada tetapi sesuatu yang baru tidak akan wujud sekiranya seseorang pemimpin itu gagal melihat masa hadapan.Kemahiran inilah yang membezakan antara pemimpin yang berjaya atau tidak.Dengan melihat masa hadapan, pemimpin dapat meletakan harapan yang mungkin hanya akan berlaku selepas beliau tiada lagi tetapi laluan ke arah itu dilakukan semasa beliau memimpin organisasi tersebut.tegas beliau
Dengan penuh harapan,Abidin juga berkata “ dalam menjayakan sesebuah organisasi ke arah kecemeralangan, seorang pemimpin itu mestilah berpengethauan.Daripada pengetahuanlah himpunan ilmu akan terikat untuk dipindahkan kepada pekerja-pekerja.Sebagai contoh, seorang perlulah mengetahui tetang teknologi kerana ia merupakan sesuatu yang amat penting.Ramai yang beranggapan apabila kita membicarakan tentang teknologi,kita akan merujuk kepada teknologi dalam erti kata beliau memiliki teknologi yang boleh membantu didalam mempercepatkan kerja dan memberi keberkesanan terhadap kerja didalam organisasi.Dari sinilah beliau akan di tanggapi sebagai pemimpin yang berkebolehan dalam melakukan kerja-kerja yang biasanya memakan masa yang lama berbanding dengan pengurus-pengurus yang lain.
Seminar sehari itu di hadiri lebih kurang 80 orang guru yang terdiri daripada bebrapa orang guru besar,penolong-penolong kanan dan guru-guru kaunseling daerah Papar.
Turut sama menjayakan seminar tersebut sebagai penceramah jemputan Prof.Madya Dr.Salleh Abd.Rashid,Sekolah Pendidikan & Pembangunan Sosial UMS dan Pn.Lai Halimah Binti Ismail, guru kaunseling cemerlang SMK.Membakut





ini dijalankan secara berpusat selama dua hari di SK.Beringis Papar. Program ini merupakan program Kementerian Pelajaran Malaysia yang perlu dilaksanakan oleh semua daerah di seluruh Negara.

